mengirim doa dan cinta

Aku masih mencari, 
Aku masih setia menanti sambil menjaga kesucian satu-satunya cinta mutlakku
Aku kepingin memberikannya kepada yang berhak
Aku ingin engkau menerimanya dalam keadaan yang paling indah
Cinta yang masih cukup sifatnya, di mana tiada belah bahaginya
Khas, dan paling istimewa.

Ada masanya perasaan itu memuncak, membuak-buak..
tetapi aku kekal rasional, aku mengawal nafsu diri
Aku belum cukup solehah, aku belum cukup cantik dihadapan Tuhan Penciptaku
Bagaimana aku ingin kekal cantik di hadapan bakal suami dan anak-anakku kelak
Aku ingin menjaga terlebih dahulu amal ibadatku
Aku ingin mencari pendirian dan ketegasan aku 

Cinta itu tanggungjawab,
Bukan semudahnya diluah bila terasa, buat sewenangnya meninggalkan pabila bosan
Aku sesunggunya tatkala ini amat merindui seseorang
seseorang yang aku tidak kenali, seseorang aku belum pernah ketahui
SIAPA DIA? Dimana habibku berada?

Aku tidak mahu tergesa-gesa, 
Aku mahu ambil masa, sebaik-baiknya.
Ada yang cuba merisik, mencuba mengirimkan kasih..
Maaf aku terpaksa menolak, aku berkata tidak dalam pelbagai cara
Fahamilah, aku masih mencari Tuhan...
Aku mahu cinta yang bawa ke syurga bukan sebaliknya


Wherever you are..I pray that GOD that HE'll let us meet..if not here on this vast earth..
I'll be waiting in the world of hereafter..Inshaallah :')

Image from Mr. Google.







No comments: