Normal bagi semua orang utk mengalami masalah dalam persahabatan, baik disebabkan perselisihan faham yang kecil hingga lah ke berperang mulut bergaduh badan. Namun itu semua boleh dielakkan, maka topik yang saya ingin fokuskan pada post kali ini adalah ketulenan dalam bersahabat. Secara asasnya, berdasarkan pembacaan saya, dalam bersahabat itu harus ikhlas, harus jujur, harus kasih antara satu sama lain demi Allah dan yang paling penting bebas dari sikap hasad dengki. Apabila wujud rasa dengki datanglah hasutan syaitan berserta nafsu untuk berbuat jahat.
Rasional mengapa kita harus kasih pada sahabat terletak kepada bagaimana kita melayan sahabat kita Bila kita sayang sahabat kita, secara automatik kita akan ambil peduli akan kebajikan dia dan kita berusaha untuk membantu dia, hatta tidak akan terlintas langsung niat-niat jahat di minda. Kita sebagai pelajar khususnya, dalam kehidupan di universiti, kita akan banyak berinteraksi antara satu sama lain bagi menyelesaikan tugasan dan kerja berkumpulan. Jika terdapat 'support system' yang kukuh, insyaAllah adalah mudah untuk kita mengharunginya dengan lancar.
Support system ini adalah mereka para sahabat yang sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan pencapaian yang bagus, untuk mencari ilmu serta meningkatkan kemampuan serta potensi diri. Mereka ibarat tangga yang membawa kita ke peringkat seterusnya, dia akan sekaligus menarik kita untuk menjadi semakin hebat hari demi hari. Kalau ada tugasan (contohnya) dia akan bersegera mengajak sahabat lainnya untuk menyelesaikannya. Dia mahu berjaya, dia 'eager' untuk menuntut ilmu, dan tenaga positif itu sentiasa dapat dirasai dalam perbualan dan pergaulan harian.
Di samping itu, support system ini jugalah yang akan sentiasa mengingatkan kita pada rasa cinta Allah dan cinta ilmu - sungguh besar peranannya, namun ia adalah sesuatu yang mampu dilaksanakan. Sebagai contoh, azan Zohor berbunyi dan anda baru sahaja habis kelas, sahabat yang baik akan mengingatkan kita, '' wahai Hamba Allah, kita solat dulu nak? kalau solat dulu, nanti dah senang''. Bukankah kita jadi terpelihara jika ini menjadi amalan? Selain itu, dalam percakapan dia membicarakan perkara yang baik - itu adalah salah satu tanda kita cinta Allah, kerana kita menggunakan nikmat tubuh badan kita secara bermanfaat dan menjauhi lagha. Adalah menyedihkan jika perbualan seharian itu ditasbih dengan kutukkan dan cercaan terhadap orang lain, fikirkan apa manfaat dari perbuatan ini? Ia hanya akan membawa kepada fitnah dan ingatlah jika kita berbuat demikian, bersegeralah memohon maaf kepadanya.
Selain itu, ramai pelajar muslim terutamanya tidak menjadikan amalan dalam Islam sebahagian dari kehidupan seharian, ibarat negara sekularisme agama dipisahkan dari pentadbiran negara - makan apa guna kita punya agama ad-Din? Bila kita lupa kita ada Tuhan, lupa kita diekori kematian, mudah untuk kita lalai. Jangan diikuti sikap sahabat yang negatif jika dia suka meninggalkan solat, maka jangan diikuti malah jika kita 'berkuasa' atau mampu, tegurlah dia secara baik. Bantu dia untuk sedar, tunjukkan jalan dan jadi suri teladan, kasihanilah dia yang masih tidak menjumpai jalan menuju keberkatan Allah. Makanya dengan bantuan sahabat yang postitif, kita akan kekal di landasan yang benar.
Kita manusia memang mudah lalai dan perlu sentiasa diberi peringatan. Akhir kalam, dalam kita mengharungi sebarang bentuk kesusahan, berbicaralah pada Allah, cari Dia! Dugaan yang datang hanya ingin bawa kita kembali dekat kepada Dia, Dia rindukan luahan hati kita, sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang - dan untuk berbual itu tidak perlu menunggu kita bertelekung atau bertikar sembahyang, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Cari keredhaan Allah, dengan izin-Nya perkara-perkara baik lainnya akan datang secara semulajadi mengikut aturannya. Wallahualam. Have a blessed day everyone.
No comments:
Post a Comment